11 December 2008

26 tahun bernafas sudah..

Bismillaah..

As Salaamua'laykum..

Paling utama Syukur saya pada Allah s.w t. kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya bernafas di bumi-Nya ini. Syukur saya yang tidak terhingga. Di malam yang pekat, saya meraikan Hari Istimewa ini berdua, hanya dengan-Nya. Hampir setiap tahun pabila saya melalui hari istimewa ini, hati sering sayu. Entah kenapa, namun yang jelas hati ini mencari Dia yang Maha Penyayang. Pastinya hanya kerana rasa kesyukuran yang tidak terhingga, hati jadi lapang, tenang dan damai. Walau bagaimana perit haluan hidup saya, saya tetap bersyukur. Walau dugaan datang silih berganti, saya tetap merasa nikmat kehidupan. Sungguh! saya benar-benar puas kerana dapat meraikannya dengan nafas yang masih segar di dada. Alhamdulillah..

Nampaknya kali ini saya meraikan hari lahir saya yang ke-26 ini dalam keadaan saya kurang sihat. Bukan saja demam, malah kurang bermaya hanya kerana semangat yang kian pulih ini dicelakan oleh manusia yang lupa akan janji. Manusia yang rakus menungkah arus kehidupan. Kehidupan yang tiada di dalamnya erti keadilan.
Saya memilih untuk tidak mencoretkan kesulitan perit ini di sini. Biarlah ia menjadi rahsia hati saya.

Syukur saya juga dan amat berterima kasih pada bonda yang teramat saya kagumi. Semangatnya memelihara saya, mendidik, merawat dan berkorban seluruh kehidupannya untuk saya sungguh saya hargai. Tiada tandingan kasihnya untuk saya. Kesabarannya tiada sempadan. Kasih Sayangnya tidak bertepi...

Terima Kasih Bonda..


Doa saya di hari istimewa ini cuma satu. Diberi Allah jalan keluar dari kemelut masalah yang semakin sesak di dada dan fikiran. Hilangkan rasa gundah juga yang menjadi tamu setia hati ini. Semoga kebahagiaan berpihak pada saya di setiap saat kedepan. Walau hakikatnya kenangan semalamlah yang menjadi igauan setiap hari-harian saya.

pada satu saat.. terbayang saya wajah dia.. seolah terdengar bisikan suaranya..
di mana dia Ya Allah?... hadirkanlah dia walau sedetik cuma..


Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

08 December 2008

Hari BerKorban!

Tidak kira sama ada.. Pengorbanan satu perjuangan atau pun Perjuangan satu pengorbanan. Ia saling melengkapi. Sebagai seorang muslim bersama lah kita melakukan sesuatu yang bermakna di hari penuh makna ini. Ingatlah kita waktu dan detiknya di zaman Rasullah s.a.w. junjungan kita yang mulia berjuang menentang musuh demi umat islam ikutannya di akhir zaman ini. Bersama lah kita muhasabah diri untuk apa kita di beri nafas di dunia sementara ini. Berkorban lah untuk sesama manusia. Berkorban lah untuk sanak saudara. Berkorban lah untuk kaum keluarga. Berkorban lah untuk semua yang kita ada. Sesungguhnya, berkorban lah untuk diri sendiri demi Allah yang Maha Satu.

Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat Islam.

Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

03 December 2008

Destinasiku

Bismilaah..

As Salaamu'alaykum..

Persinggahan adalah satu perkara yang tidak dapat kita hindari. Dalam kehidupan pasti diantara mereka ada yang hadir, kemudian pergi. Yakin bagaimana jua kita terhadap sesuatu yang bakal kita miliki tidak dapat kita melawan kehendak Allah yang Berkehendak. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Di ketika ini, hadirnya dia benar-benar memberi ketenangan dalam diri. Sekeras mana saya cuba menghindar.. Seteguh itu juga jiwa memberontak ingin sekali merawat rindu. Saya kini yakin yang pasti, dia lah yang saya nanti.. dia, destinasi saya.

Terima Kasih pada dia yang sudi..








Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...