Bismillaah..

Bismillaah..

Luah Rasa Rindu Zaman pada 4:24 PM 0 comments
Cerita; Istimewa
Tidak kira sama ada.. Pengorbanan satu perjuangan atau pun Perjuangan satu pengorbanan. Ia saling melengkapi. Sebagai seorang muslim bersama lah kita melakukan sesuatu yang bermakna di hari penuh makna ini. Ingatlah kita waktu dan detiknya di zaman Rasullah s.a.w. junjungan kita yang mulia berjuang menentang musuh demi umat islam ikutannya di akhir zaman ini. Bersama lah kita muhasabah diri untuk apa kita di beri nafas di dunia sementara ini. Berkorban lah untuk sesama manusia. Berkorban lah untuk sanak saudara. Berkorban lah untuk kaum keluarga. Berkorban lah untuk semua yang kita ada. Sesungguhnya, berkorban lah untuk diri sendiri demi Allah yang Maha Satu. Luah Rasa Rindu Zaman pada 6:09 PM 0 comments
Cerita; Istimewa
Bismilaah..
Di ketika ini, hadirnya dia benar-benar memberi ketenangan dalam diri. Sekeras mana saya cuba menghindar.. Seteguh itu juga jiwa memberontak ingin sekali merawat rindu. Saya kini yakin yang pasti, dia lah yang saya nanti.. dia, destinasi saya.Luah Rasa Rindu Zaman pada 12:49 PM 0 comments
Cerita; Cintaku
dan ingatan saya mengimbas segala yang terjadi 2 tahun yang lalu. Masih dapat saya rasai golak hati saat dan ketika itu. Bahagia.Luah Rasa Rindu Zaman pada 8:51 PM 0 comments
Cerita; Cerita Derita, Cintaku, Istimewa
Bismillah..
Bila berbicara tentang keluarga, saya punya banyak cerita. Cerita ayah dan emak, cerita kakak, cerita abang-abang, cerita adik-adik dan cerita Rindu... heehee ~tuan punya diri :) tak lupa juga cerita sicomel-comel... Bila berbicara tentang sahabat juga, saya masih punya banyak cerita. Kerana saya ada sahabat yang amat saya hargai dan sayangi.Luah Rasa Rindu Zaman pada 2:40 PM 0 comments
Cerita; Cintaku, Hari- harian Rindu
Bismillaah
As Salaamu'alaykum,
Luah Rasa Rindu Zaman pada 4:33 PM 0 comments
Cerita; Hari- harian Rindu
Luah Rasa Rindu Zaman pada 1:00 PM 0 comments
Cerita; Hari- harian Rindu
kagumi. Pada saat pertama saya terdengar lagu ini, hati jadi sayu. Hati jadi benar-benar merindui-Nya. Hati jadi penuh kekesalan dan kesedaran.Luah Rasa Rindu Zaman pada 8:59 PM 0 comments
Matahariku by Agnes Monica
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergening menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu
Dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
****************
Hati ini milik Mu, Ya Allah.. Hati ini merindu Mu, Ya Rabb.
Perkukuhkan Iman ku.
Tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan bertemu dengan Mu.
Hidup dan matiku hanya untuk Mu.
Ya Allah yang Maha Agung. Engkau yang ku cari.
Ya Allah yang Maha Pengasih. Engkau ku Rindu.
Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...
Luah Rasa Rindu Zaman pada 5:10 PM 0 comments
Cerita; Puisi Lagu Hati
Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama
Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua
Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu
Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi
Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku
..........Merindu Kepastian by Art Fazil
rindukan dia dan yang paling istimewanya, emak juga akan bermimpi bertemu dengannya pada waktu yang lebih kurang sama. Tetapi, kami tidak saling bercerita sehingga pada satu saat secara tak sengaja kami bertukar cerita akhirnya. Emak mimpi dia, saya juga. Ini benar-benar menyakinkan saya, dia benar-benar hadir. Hadir untuk bertemu saya. Walau hanya dalam mimpi. WaAllahualam.Luah Rasa Rindu Zaman pada 12:20 PM
Cerita; Cintaku, Hari- harian Rindu
Bismillaah..
As'Salaamu'alaykum,
gak pelik. Buta mata? atau Buta hati?... Butakah kita?. Setiap hari-harian kita, pasti kita akan melalui waktu yang agak sukar. Tidak kira dalam apa jua hal.. yang memaksa kita untuk memilih, mencari kepastian, berfikir dan sebagainya. Sedangkan untuk berkata 'ya' atau 'tidak' juga kadangkala amat sukar untuk kita memilih. Ini kerana kita keliru dengan kata mata yang tertipu rentak dunia yang menipu.. kata hati pula terkeliru oleh hasutan syaitan yang halus menyelinap ke ruang hati dari celah-celahan ruang waktu diri yang sering lalai. Lalai mengingat Tuhan yang Satu. Lalai demi masa yang gopoh menongkah arus.Luah Rasa Rindu Zaman pada 11:27 AM 0 comments
Cerita; Cerita Derita, Hari- harian Rindu

Luah Rasa Rindu Zaman pada 9:08 PM 0 comments
Cerita; Istimewa
Luah Rasa Rindu Zaman pada 6:04 AM 0 comments
Cerita; Buah fikiran, Hari- harian Rindu, Ilmu
Luah Rasa Rindu Zaman pada 12:25 AM 0 comments
Cerita; Buah fikiran
Walaupun hanya dua bulan, namun terlalu banyak perkara-perkara penting yang berlaku yang sepatutnya Rin catitkan di sini. Antaranya, selepas kisah hari lahir yang disambut sendirian tanpa Arwah Abang disisi, sekali lagi Rin menyambutnya sendiri lagi sewaktu sambutan tahun baru 2008, dimana sebelum ini Rin menyambutnya dengan abang. Masih segar dalam ingatan, Abang bawa Rin menyaksikan pesta bunga api di Singapura. Setiap detik itu pastinya akan kekal dalam ingatan Rin buat selama-lamanya. Selain itu, Hari Raya Aidiladha juga membuatkan Rin terimbau kenangan setahun yang lalu.
Sedar tak sedar, beberapa hari lagi tiba pula hari dimana genap setahun hidup Rin yang berbunga-bunga dan penuh dengan warna-warni indah, bertukar gelap, sepi, kaku tak bererti. Hari itu adalah Hari pertama rin kehilangan Insan tersayang. Dan pasti yang terpenting, hari terakhir rin mendengar suara abang. Perbualan terakhir rin bersama abang amat menyentuh hati dan sanubari. Rin dan abang saling bermaafan. Saling pesan berpesan agar sentiasa menjaga diri. Abang kedengaran teramat letih didetik-detik akhir nafas abang. Namun, demi cinta abang pada rin, abang rela mengisi sedikit sisa baki hidup dan masa abang untuk berbicara dengan rin, mendengar suara rin dan meluahkan rasa hati abang pada rin.
Terima kasih pada Mu Ya Allah, kerana memberi peluang untuk kami bertemu di nafas hidup yang tak panjang ini. Aku bersyukur pada Mu Ya Illahi, kerana Anugerah yang Kau pinjamkan buat ku walau ia hanya untuk sementara.
Semenjak rin kehilangan abang, rin sering diuji Allah dengan pelbagai jenis penyakit. Terasa badan ini lemah dan tidak bermaya. Bukan rin sengaja menjadikan tubuh ini layu, lemah tak bermaya. Namun, hakikatnya.. hati tak seceria dulu lagi. Hati sering manangis. Hati sering mengingatkan Abang yang semakin jauh. Puas dipujuk hati ini agar tidak toleh kebelakang lagi. Namun, masih tak berdaya. Hati tetap milik Abang. Hati tetap pada Abang....

Disaat ini, aku panjatkan Syukur pada Mu Ya Allah. Kerana memberi hambamu ini peluang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan. Ampunilah segala Dosa-dosa Arwah Tunangku Ya Allah. Terimalah dia sebagai hamba Mu yang beriman dan bertaqwa disisi Mu. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Rohnya. Insya Allah. Amin. Al- Fatihah.
Luah Rasa Rindu Zaman pada 11:55 PM 0 comments
Cerita; Cintaku