16 February 2008

Pagi yang panjang

Bismillaah..

Segala Puji Bagi Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W tercinta serta kepada seluruh keluarga dan Sahabat-sahabatnya.

Pagi itu indah. Terasa benar akan kesegaran diri bila selesai bersujud pada Allah. Lebih-lebih lagi apabila kita melakukannya di waktu dimana semua orang sekeliling nyenyak tidur diulit mimpi. Subhana Allah. Maha Suci Allah.

Nampaknya tambah lagi sehari kisah hidup Rindu didalam hari-harian hidupnya di muka bumi Allah s.w.t ini. Alhamdulillah..

Ya, Syukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi nafas kepada kita untuk menempuhi satu lagi hari yang tidak pernah akan kita ulangi. Satu hari akan tiba, dan satu hari lagi akan meninggalkan kita. Semoga kita akan melakukan yang terbaik hanya kerana Allah. Insya Allah..

Sebagai permulaan pagi yang indah ini, saya berkesempatan untuk menjenguk ke laman web Harun Yahya, An Invitation To The Truth. ( http://harunyahya.com/ ).

Hebat penulisannya. Terdapat banyak ilmu yang boleh kita perolehi dari pengetahuannya. Ia satu pengkajian sains, sungguh menarik. lebih menarik lagi setiap penulisannya di kukuhkan lagi dengan bukti dari Al-Quran dan Hadis, yang merupakan satu pendekatan yang tepat. Antara yang menarik didalamnya:












Semoga hari-harian saya, kita semua dipenuhi dengan Ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan Akhirat. Hidup Berilmu!

Insya Allah.




Ya Allah, Ya Tuhanku... Tunjukkan aku jalan Mu.




14 February 2008

Derita

Bila ada yang menjengah di blog cerita rindu ini, pasti ada yang berkata.. 'Tajuk blog ini sungguh kejam.' Mungkin juga ada yang bertanya, kenapa dan mengapa? Atau mungkin ada yang bertanya, 'Bukankah hidup ini selalunya indah? Bukan kah derita itu satu keadaan yang rugi dan sia-sia...?' Dan mungkin pelbagai soalan lagi. Kerana saya pasti yang yakin, ramai yang punya pendapat tersendiri dan pastinya tidak bersetuju dengan pilihan saya, mengambil ungkapan Derita sebagai tajuk laman maya ini.

Namun begitu janganlah salah menilai maksud derita ini. Bagi saya, perkataan derita kurang diguna pakai mungkin kerana makna perkataan itu sendiri nampak berat kerana membawa erti perkataan itu sendiri. Derita yang saya maksudkan disini adalah 'Masalah'. Iaitu perkara yang tidak seorang pun manusia dibumi Allah ini dapat lari dari bertembung dengannya. Derita adalah perkataan yang paling tepat untuk digantikan dengan masalah. Ini kerana ia merupakan satu beban yang merungsingkan, menakutkan serta menjadikan diri tidak keruan.

Namun, tidakkah kita pernah terfikir bahawa setiap perkara tidak terkecuali satu pun yang ada didunia ini berpasang-pasangan? Setiap permulaan ada akhiran. Setiap yang suka ada dukanya. Setiap kegagalan ada kejayaan. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang lahir akan mati. Ada hitam, ada putih. Ada besar, ada kecil. Ada lelaki, ada perempuan. Ada atas, ada bawah. Ada kaya, ada miskin. Dan ada pelbagai lagi yang tak terjangkau dek akal. Kerana hanya yang Maha Pencipta lebih Mengetahui.

Begitu juga dengan setiap sesuatu derita pastinya ada bahagia kan tiba.. Ini lah yang saya maksudkan tentang Cerita Deritaku, Rindu. Sukar untuk dijelasi, sukar juga untuk di fahami. Namun, semua juga begitu yakin, Allah Yang Maha Besar lagi Maha Adil menciptakan langit dan bumi saling lengkap melengkapi. Begitu jugalah saya memaksudkan Cerita Deritaku, rindu ini.. Ia satu pengharapan, satu permulaan yang menanti akhiran...

Dengan bermulanya episod baru dalam hidup, pastinya tidak terhenti ujian demi ujian yang bakal kita lalui. Namun, dengan hati yang begitu yakin pada Kebesaran Allah, pasti Dia akan menunjukkan kita jalan keluar dari derita yang dideritai. Seperti terbitnya fajar sesudah malam yang gelap. Yakin lah yang pasti... Insya Allah.


Ya Allah, Ya Tuhanku... Tunjukkan aku jalan Mu.