26 May 2008

Butakah kita?

Bismillaah..
As'Salaamu'alaykum,

Topik kali ini agak pelik. Buta mata? atau Buta hati?... Butakah kita?. Setiap hari-harian kita, pasti kita akan melalui waktu yang agak sukar. Tidak kira dalam apa jua hal.. yang memaksa kita untuk memilih, mencari kepastian, berfikir dan sebagainya. Sedangkan untuk berkata 'ya' atau 'tidak' juga kadangkala amat sukar untuk kita memilih. Ini kerana kita keliru dengan kata mata yang tertipu rentak dunia yang menipu.. kata hati pula terkeliru oleh hasutan syaitan yang halus menyelinap ke ruang hati dari celah-celahan ruang waktu diri yang sering lalai. Lalai mengingat Tuhan yang Satu. Lalai demi masa yang gopoh menongkah arus.

Bukan apa, hari ini adalah hari yang sungguh berat untuk dilalui. Dirumah teratak bonda ini, abang-abang bertelingkah. Masing-masing beradu kuasa. "Ya Allah, tabahkan hati kami.. Insan yang tak punya apa-apa kuasa. Kami Insan kerdil. Kami hamba-Mu yang lemah. Kami tidak berdaya." Siapa benar, siapa salah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai manusia kita sememangnya tiada daya untuk membuktikan kebenaran. Kerana pengadilan di dunia hanya bersumberkan kekeliruan semata. Tiada yang Adil dan saksama. Pastinya, Akhirat lah penentu keadilan. Allah s.w.t yang menguasai Hari Pengadilan. Di waktu itu, pihak yang benar tidak perlu khuatir atau gentar. Kerana pengadilan Allah Maha Adil dan Maha Luas. Kekuasaan-Nya yang tiada Bandingan. SubhanAllaah.


Dunia menjadikan manusia buta. Dunia membutakan manusia!.


Situasi pertelingkahan keluarga julung-julung kali ini pasti tidak akan aku lupakan. Ini kerana aku hampir-hampir terbabit dan diratah tumbukan oleh jari-jemari manusia yang lupa akan Allah. Pengadilan Allah. Ketentuan Allah. Astagfirullaah. Syukur aku pada Allah yang melindungi aku diwaktu genting itu. Hanya kerana aku menyokong pihak yang benar, aku diherdik dan diserang tanpa rasa belas kasih seorang abang. huh! manusia.. manusia.. kita semua memang benar-benar buta.. dibutakan Allah dari melihat kebenaran. Nauzubillaah.


Bagaimanapun, segala yang terjadi telah pun berlalu. Masa begitu pantas meninggalkan masa. Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, pasti didepan sana masih ada yang menanti kita. Masalah demi masalah.

Jadi lengkapkan diri dengan kekuatan Iman. Sediakan senjata berperisai Ilmu dan pengetahuan. Bina benteng berteguhkan kesabaran.

Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

0 comments: