11 May 2008

Bonda

Bismilaah

As Salaamu'alaykum,

Terakhir kali saya mencoret isi luah rasa dalam Cerita Rindu ini adalah tiga bulan yang lalu. Bukan tak punya cerita atau kurangnya masa, tetapi kerana masa dan keadaan yang cukup terganggu. Begitu banyak perihal demi perihal yang berlaku yang ingin sekali saya coretkan namun, tetap tidak berpeluang. Apapun, kali ini saya akan menggunakan peluang yang ada untuk mencoret segala yang terpendam untuk diluahkan. Syukur ke Hadrat Allah s.w.t. diatas kesempatan yang diberikan. Sungguh setiap masa begitu bernilai. Alhamdulillah.


Hari Bonda


Baru-baru ini telah berlalu satu hari bermakna yang pastinya disambut oleh setiap insan yang bergelar anak bagi meraikan Bonda tercintai. Setiap kita punya dia yang bernama Bonda, Ibu, Mama, Mami dan banyak lagi panggilan untuk dia yang teristimewa. Saya juga semestinya punya Emak yang amat saya sayangi. Tidak tergambar oleh kata-kata betapa saya sayang Emak. Emak sumber inspirasi saya. Emak nadi hidup saya. Emak keutamaan saya. Terlalu besar peranan Emak dalam kehidupan hari-harian saya. Tanpa Emak hidup saya pasti kosong kerana sepanjang 25 tahun bernafas Emak pasti disisi, tidak kira tika suka, tika duka.. Emak yang saya perlukan sebagai benteng pertahanan bagi hati yang mudah rapuh ini. Emak mengajar saya tentang kehidupan sedari saya kecil hingga menjadi remaja dan kini menginjak usia dewasa. Mendidik saya betapa Agama menjadi keutamaan sepanjang hidup dibumi Allah ini. Ilmu Agamalah yang menjadikan Emak begitu insan yang begitu Istimewa. Mempunyai Hati yang Mulia.


Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

0 comments: