26 November 2008

Cerita Cinta saya?

Bismillah..


As Salaamu'alaykum..

Hujung minggu yang lepas, saya menemani emak, adik, kakak dan sicomel-comel ke kuliah agama yang dianjurkan kesatuan keluarga Su'eb di Singapura. Kami adalah rombongan dari seberang yang terawal hadir. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana dapat bersama-sama dengan sanak saudara dalam kuliah agama yang penuh berkah. Walau agak sibuk dengan tuntutan kerja namun lebih beratnya rindu ini untuk hadir ke majlis ilmu KSKS. Begitu bermanfaat. Bukan sekadar bersama-sama menuntut ilmu malah ukhuwah sesama keluarga juga semakin utuh. Semoga usaha KSKS mendapat Rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t. InsyaAllah.

Dan tidak lupa untuk saya bermohon pada Allah agar membuka pintu hati saudara-saudara lelaki saya untuk turut serta. Seiring dengan kami mencari dan terus mencari, mendalami ilmu agama yang tiada hujungnya. Sesungguhnya Ya Allah bukakan lah pintu hati setiap daripada kami menuju kejalan Mu. Jalan bertemu dengan Mu dalam keadaan kami bersangka baik pada Engkau Ya Allah.

Dalam kesibukan saya disetiap hari-harian saya. Saya tetap berusaha untuk tidak mengecewakan sahabat baik saya untuk bertemu saya dan luangkan masa bersama. Memang agak lama kami tidak bertemu. Pastinya banyak perkara yang ingin sekali kami kongsi bersama. Kisah demi Kisah. :) Babak demi babak :) Sungguh! Saat dan ketika beginilah yang membuatkan saya sedar, hidup kita semua perlu berbagi. Suka dan duka apabila dikongsi dengan orang yang kita percayai akan menjadi lebih bermakna.
Bila berbicara tentang keluarga, saya punya banyak cerita. Cerita ayah dan emak, cerita kakak, cerita abang-abang, cerita adik-adik dan cerita Rindu... heehee ~tuan punya diri :) tak lupa juga cerita sicomel-comel... Bila berbicara tentang sahabat juga, saya masih punya banyak cerita. Kerana saya ada sahabat yang amat saya hargai dan sayangi.

Namun, bila berbicara tentang kekasih hati dan cinta, saya hilang kata-kata. Saya takut untuk mengungkapkannya. Saya keliru. Kelu. Beku. Buntu. Saya tiada daya dan kekuatan untuk mentafsirkan kisah cinta saya. Allah lebih berhak mengambil dia dan menggantikannya semula dengan yang lain. Namun masih, Kenyakinan saya pudar. Bukan pada sesiapa tapi pada diri saya sendiri. Saya Khilaf.


Sungguh! Saya mulai cinta dia...
..maafkan bila ku tak sempurna.. cinta ini tak mungkin ku cegah...
Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

0 comments: