25 November 2008

Ketika ku bersujud....

Bismillaah

As Salaamu'alaykum,


Amat mengejutkan. Baru-baru ini saya mendapat panggilan dari seseorang yang pernah menjadi tamu hati saya. Dia, orang yang pernah saya kagumi. Satu masa dulu, dia lah yang sering saya sebut namanya.. Lakar wajarnya dalam hati, nantikan hadirnya dia dalam mimpi. Namun kini, hadir dia hanya sebagai sahabat yang amat prihatin tentang saya. Tentang cerita hidup saya. Tentang suka dan duka saya.

Tertera namanya di paparan kaca telefon bimbit saya. Teragak-agak juga untuk saya menjawabnya. Namun, bila dikenang.... satu masa dulu sehingga kini, dia amat menyenangkan. Syukur pada Allah yang menghadirkan dia sebagai penyokong sejati. Walau jauh dan jarang bertemu, namun ingatannya untuk diri ini amat saya hargai.

Saya akui cukup menyenangkan apabila ada yang mengingati diri kita. Namun, perkara sebegini juga agak perit dilalui kerana ia bakal membawa hati dan fikiran kita ke satu masa lampau yang telah lama kita tinggalkan. Yang semestinya tidak ingin kita laluinya lagi.

Kebanyakan dari mereka agak lama tidak mendengar khabar saya, pasti bertanya tentang kehidupan saya sekarang, Bagaimana? Siapa? dan bila?
Agak sukar untuk dijawab. Agak perit untuk didengar. Namun, mereka bertanya dan terus bertanya. Tanpa ambil peduli perihal hati yang amat rapuh ini. Hati, memang sukar untuk dikawal. Tidak Seteguh mana mereka melihat saya berdiri dan maju kedepan.

Bila ada yang bertanya tentang sesuatu yang tidak dapat saya jawab. Sepantas kilat, ingatan jatuh di waktu dan ketikanya saya bahagia. amat bahagia. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Akhir-akhir ini juga, saya didatangi oleh pelbagai persoalan. Persoalan tentang hati. Tentang ujian dan dugaan. Tentang Impian. Tentang perasaan yang amat menyakitkan, tidak kurang juga yang cukup menyenangkan. Lebih menarik lagi tentang mereka yang hadir dalam kehidupan seharian. Persoalan demi persoalan hadir, tanpa ada jawapan. Sesungguhnya, saya yakin yang pasti, hanya Allah s.w.t punyai jawapan yang tepat lagi benar untuk setiap persoalan yang saya ada.

Yang saya lalui saat ini, pasti berlalu pergi. Yang saya nantikan apa jua di hadapan saya, pastinya menjadi Rahsia Nya.

Apapun jua yang Allah berkehendak, saya redha. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Doa saya di setiap sujud saya, agar impian murni saya mendapat redhaNya, agar Dia mendengar dan mengabulkannya. Semoga Dia tidak mengabaikan saya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Engkau Maha Agung, Ya Allah.

Beberapa hari lagi, saya akan membuat langkah pertama dalam manggapai Impian yang saya tanam sejak bertahun lamanya. Kini, hampir tiba masanya. Sujud saya pada Allah kerana memberi ruang dan peluang. Semua dengan izinNya. Doakan saya berjaya menggapai Impian saya yang satu. InsyaAllah. Amin.

Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

0 comments: