29 May 2008

Merindu Kepastian

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama
Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua
Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu
Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi
Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

..........Merindu Kepastian by Art Fazil


Rindu lagi.. rindu lagi.. rindu lagi..

Beberapa hari yang lalu, saya bermimpi orang yang saya rindui, hadir. Sehingga saat ini juga saya dapat merasai kehadirannya.

Di dalam mimpi itu, saya bertemu dengannya, saya sambut hadirnya dia dengan hati yang sayu, dada yang begitu sebak. Kerana saya tahu dia hadir hanya buat seketika, kemudian pergi lagi, tinggalkan diri ini sendiri. Di waktu pertemuan itu, saya mencium pipinya. Saya begitu sebak. Dia hanya tersenyum. Saya pasti kerana sering kali saya bermimpi perkara yang sama. Dia hadir dan dia pergi, saya pula amat mengerti dan sepi sendiri.

Mimpi yang sama berulang pada setiap saat saya benar-benar rindukan dia dan yang paling istimewanya, emak juga akan bermimpi bertemu dengannya pada waktu yang lebih kurang sama. Tetapi, kami tidak saling bercerita sehingga pada satu saat secara tak sengaja kami bertukar cerita akhirnya. Emak mimpi dia, saya juga. Ini benar-benar menyakinkan saya, dia benar-benar hadir. Hadir untuk bertemu saya. Walau hanya dalam mimpi. WaAllahualam.
"Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ampuni segala dosa-dosanya Ya Allah. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Di Syurga Mu. Sampaikan salam rinduku untuknya, Ya Allah."


Sayang dan rindu awak..;)


Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

26 May 2008

Butakah kita?

Bismillaah..
As'Salaamu'alaykum,

Topik kali ini agak pelik. Buta mata? atau Buta hati?... Butakah kita?. Setiap hari-harian kita, pasti kita akan melalui waktu yang agak sukar. Tidak kira dalam apa jua hal.. yang memaksa kita untuk memilih, mencari kepastian, berfikir dan sebagainya. Sedangkan untuk berkata 'ya' atau 'tidak' juga kadangkala amat sukar untuk kita memilih. Ini kerana kita keliru dengan kata mata yang tertipu rentak dunia yang menipu.. kata hati pula terkeliru oleh hasutan syaitan yang halus menyelinap ke ruang hati dari celah-celahan ruang waktu diri yang sering lalai. Lalai mengingat Tuhan yang Satu. Lalai demi masa yang gopoh menongkah arus.

Bukan apa, hari ini adalah hari yang sungguh berat untuk dilalui. Dirumah teratak bonda ini, abang-abang bertelingkah. Masing-masing beradu kuasa. "Ya Allah, tabahkan hati kami.. Insan yang tak punya apa-apa kuasa. Kami Insan kerdil. Kami hamba-Mu yang lemah. Kami tidak berdaya." Siapa benar, siapa salah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai manusia kita sememangnya tiada daya untuk membuktikan kebenaran. Kerana pengadilan di dunia hanya bersumberkan kekeliruan semata. Tiada yang Adil dan saksama. Pastinya, Akhirat lah penentu keadilan. Allah s.w.t yang menguasai Hari Pengadilan. Di waktu itu, pihak yang benar tidak perlu khuatir atau gentar. Kerana pengadilan Allah Maha Adil dan Maha Luas. Kekuasaan-Nya yang tiada Bandingan. SubhanAllaah.


Dunia menjadikan manusia buta. Dunia membutakan manusia!.


Situasi pertelingkahan keluarga julung-julung kali ini pasti tidak akan aku lupakan. Ini kerana aku hampir-hampir terbabit dan diratah tumbukan oleh jari-jemari manusia yang lupa akan Allah. Pengadilan Allah. Ketentuan Allah. Astagfirullaah. Syukur aku pada Allah yang melindungi aku diwaktu genting itu. Hanya kerana aku menyokong pihak yang benar, aku diherdik dan diserang tanpa rasa belas kasih seorang abang. huh! manusia.. manusia.. kita semua memang benar-benar buta.. dibutakan Allah dari melihat kebenaran. Nauzubillaah.


Bagaimanapun, segala yang terjadi telah pun berlalu. Masa begitu pantas meninggalkan masa. Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, pasti didepan sana masih ada yang menanti kita. Masalah demi masalah.

Jadi lengkapkan diri dengan kekuatan Iman. Sediakan senjata berperisai Ilmu dan pengetahuan. Bina benteng berteguhkan kesabaran.

Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...

11 May 2008

Bonda

Bismilaah

As Salaamu'alaykum,

Terakhir kali saya mencoret isi luah rasa dalam Cerita Rindu ini adalah tiga bulan yang lalu. Bukan tak punya cerita atau kurangnya masa, tetapi kerana masa dan keadaan yang cukup terganggu. Begitu banyak perihal demi perihal yang berlaku yang ingin sekali saya coretkan namun, tetap tidak berpeluang. Apapun, kali ini saya akan menggunakan peluang yang ada untuk mencoret segala yang terpendam untuk diluahkan. Syukur ke Hadrat Allah s.w.t. diatas kesempatan yang diberikan. Sungguh setiap masa begitu bernilai. Alhamdulillah.


Hari Bonda


Baru-baru ini telah berlalu satu hari bermakna yang pastinya disambut oleh setiap insan yang bergelar anak bagi meraikan Bonda tercintai. Setiap kita punya dia yang bernama Bonda, Ibu, Mama, Mami dan banyak lagi panggilan untuk dia yang teristimewa. Saya juga semestinya punya Emak yang amat saya sayangi. Tidak tergambar oleh kata-kata betapa saya sayang Emak. Emak sumber inspirasi saya. Emak nadi hidup saya. Emak keutamaan saya. Terlalu besar peranan Emak dalam kehidupan hari-harian saya. Tanpa Emak hidup saya pasti kosong kerana sepanjang 25 tahun bernafas Emak pasti disisi, tidak kira tika suka, tika duka.. Emak yang saya perlukan sebagai benteng pertahanan bagi hati yang mudah rapuh ini. Emak mengajar saya tentang kehidupan sedari saya kecil hingga menjadi remaja dan kini menginjak usia dewasa. Mendidik saya betapa Agama menjadi keutamaan sepanjang hidup dibumi Allah ini. Ilmu Agamalah yang menjadikan Emak begitu insan yang begitu Istimewa. Mempunyai Hati yang Mulia.


Ya Allah Ya Tuhan, Tunjukkan aku Jalan Mu...